Make your own free website on Tripod.com

SMK Taman Johor Jaya 1, Johor Bahru

LENCANA SEKOLAH

Home
Lencana Sekolah
Visi dan Misi
Falsafah dan Matlamat
Dasar dan Objektif
Biodata Guru
Sejarah Sekolah
Akademik
Kokurikulum
Lagu Sekolah
ALBUM

img_smktjj1.jpg

LENCANA SEKOLAH

 

PENGERTIAN LOGO

 

Warna Kuning

Melambangkan warna Diraja, membuktikan taat setia kepada DYMM Sultan Johor

 

Warna Biru

Melambangkan perpaduan pelajar-pelajar SMK Taman Johor Jaya 1 yang terdiri daripada berbilang bangsa. Biru juga menunjukkan keharmonian hubungan antara kakitangan, pelajar dan masyarakat.

 

Warna Merah

Membuktikan ketegasan dan berani menghadapi kebenaran.

 

Warna Putih

Membawa maksud kesucian hati serta akhlak yang mulia.

 

 

PENGERTIAN LAMBANG

1.       Bentuk huruf J ditepi lambing bermaksud Johor Jaya.

2.       Bentuk bulan sabit dipuncak bermaksud Agama Islam sebagai bentuk panduan dan landasan pendidikan.

3.       Kelopak berwarna kuning menatang bulan sabit melambangkan tanjak Diraja menandakan kesetiaan kepada raja dan Negara.

4.       Tiga lapis buku ditengah lambing adalah ilmu pengetahuan yang mesti diterima dan ditimba peringkat demi peringkat hingga mencapai kecemerlangan akademik.

5.       jangkaukur ditengah buku adalah kemahiran yang tidak dapat dipisahkan dari ilmu pengetahuan.

6.       Mata pen berwarna kuning menunjukkan ketajaman daya fakir guru-guru dan pelajar-pelajar SMKTJJ1.

7.       Awan larat yang menghiasi lambing menunjukkan kesenian sebagai kehalusan rohani dan jasmani.

 

 

COGANKATA

 

1.       Berilmu bermaksud cita-cita sekolah untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan selaras dengan falsafah pendidikan Negara.

2.       Berjasa bermaksud khidmat bakti yang akan dicurahkan oleh pelajar kepada masyarakat.