SMK Taman Johor Jaya 1, Johor Bahru

DASAR DAN OBJEKTIF SEKOLAH

Home
Lencana Sekolah
Visi dan Misi
Falsafah dan Matlamat
Dasar dan Objektif
Biodata Guru
Sejarah Sekolah
Akademik
Kokurikulum
Lagu Sekolah
ALBUM

DASAR SEKOLAH

 

Melaksanakan dasar pelajaran kebangsaan dan setiap rancangan atau program yang disediakan oleh kerajaan dengan sedar dan bertanggungjawab.

 

Mengadakan hubungan baik dan kerjasama erat dengan institusi pendidikan di pelbagai peringkat dan agensi kerajaan.

 

Mengutamakan kepentingan pelajar mengatasi kepentingan sendiri.

 

Mengutamakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan menerusi pengalaman disiplin dan akhlak mulia, sikap positif dan komitment yang tinggi.

 

Membina semangat kekitaan dan kerjasama sepasukan berdasarkan semangat kekeluargaan dengan mengamalkan prinsip `segala masalah adalah masalah bersama`.

 

Mengamalkan kepimpinan yang dinamis, perancangan dan perlaksanaan program yang teliti dan penggembelingan tenaga dan usaha yang berterusan kea rah pembinaan budaya kerja yang cemerlang.

 

Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian pelajar.

Mengamalkan cita-cita dan Prinsip Rukun Negara dan teras perkhidmatan cemerlang.

 

 

OBJEKTIF SEKOLAH

 

Mewujudkan sekolah penyayang dan perkhidmatan penyayang.

 

Mewujudkan iklim sekolah yang harmonis dan menyeronokkan bagi para pelajar.

 

Mewujudkan suasana permuafakatan, semangat kekitaan dan perpaduan dikalangan masyarakat sekolah.

 

Mewujudkan suasana sekolah yang mewujudkan disiplin kendiri.

 

Melahirkan pelajar yang peka serta mempunyai kesedaran kepada segala perubahan dan keupayaan menangani perubahan.

 

Meningkatkan pencapaian akademik dari segi kualiti dan kuantiti.

 

Meningkatkan kecemerlangan dalam segala bidang iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani.