SMK Taman Johor Jaya 1, Johor Bahru

SEJARAH SEKOLAH

Home
Lencana Sekolah
Visi dan Misi
Falsafah dan Matlamat
Dasar dan Objektif
Biodata Guru
Sejarah Sekolah
Akademik
Kokurikulum
Lagu Sekolah
ALBUM

SEJARAH SEKOLAH

 

SMK Taman Johor Jaya 1 secara rasminya ditubuhkan pada 3 Disember 1989 dengan menumpang bangunan sekolah SK Taman Sri Amar, Pandan. Pada ketika itu, sekolah ini hanya mempunyai 14 orang guru, seorang kerani, seorang pembantu makmal dan 240 orang pelajar. Atas daya usaha En. Dahari bin Sayuti, penolong kanan sekolah ini pada Januari 1990, logo yang menjadi lambing sekolah ini telah disiapkan dan lagu sekolah pula telah dicipta oleh En. Misron b Amri dengan gubahan senikata lagu oleh En. Dahari b Sayuti pada April 1991.

 

Akibat pertambahan bilangan pelajar yang semakin ramai dan masalah pembinaan bangunan sekolah yang tergendala, sekolah ini terpaksa menumpang di SM Ulu Tiram pada sessi persekolahan 1990/1991. Manakala pada sessi persekolahan 1991/1992 sekolah ini telah menumpang di SRK Taman Johor Jaya. Pada ketika itu, bilangan pelajar sekolah ini telah meningkat kepada 750 orang dan bilangan guru meningkat kepada 33 orang. Menjelang sessi persekolahan 1992/1993, bangunan sekolah siap dibina dan dapat digunakan sepenuhnya. Namun begitu, kemudahan elektrik tidak dapat digunakan sehingga Julai 1993. Menjelang 2 Ogos 1993, akhirnya sekolah ini telah diserahkan secara rasmi oleh Jabatan Kerja Raya kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

 

Secara keseluruhannya, kemudahan sekolah ini telah dipenuhi secara berperingkat-peringkat seperti penurapan dataran kejat, kelengkapan kerusi dan meja kantin. Dengan tertubuhnya SMK Taman Johor Jaya 2 pada Disember 1994, nama sekolah ini telah ditukar kepada SMK Taman Johor Jaya 1. Pada September 1997, dewan terbuka sekolah ini telah dibina bagi memenuhi keperluan proses pendidikan. Pembinaan dewan ini adalah hasil usaha dan kerjasama erat antara pihak PIBG, Pengetua, guru-guru, kakitangan sokongan dan para pelajar. Dewan ini telah siap dan dapat digunakan sepenuhnya pada pertengahan 1998. Sekolah ini juga dilengkapi dengan 3 blok bangunan yang menempatkan 24 buah bilik darjah dan kelengkapan-kelengkapan lain termasuk pejabat, bilik guru, bilik kaunseling, bilik APD, bilik komputer, bilik SPBT, bilik perpustakaan, bilik pengawas dan stor alatan sukan.

 

Semenjak sekolah ini dibuka, kepimpinan sekolah ini sering bertukar tangan. Bermula dengan En. Mohd Salleh b Abd. Rahman selama 3 tahun, jawatan pengetua seterusnya disandang oleh Pn. Fatimah bt Abd. Jalil pada 1 Januari 1993. Menjelang 15 Februari 1993, Pn Wan Fatimah bt Ahmad telah mengambilalih jawatan pengetua sehinggalah digantikan oleh En A Manaf b Muslim. Pertukaran beliau ke sekolah lain menyebabkan kepimpinan sekolah ini turut bertukarganti. Jawatan pengetua seterusnya telah diisi oleh En. Tong Han Chong menyebabkan kepimpinan sekolah ini telah bertukar kepada PN Hajjah Halimah bt Shaaban ke sekolah lain. Sekolah ini kemudian diterajui oleh Pn Juriah Mohamed dengan dibantu oleh 73 orang guru bagi mendidik seramai 1800 orang pelajar sehingga kini.