Make your own free website on Tripod.com

SMK Taman Johor Jaya 1, Johor Bahru

FALSAFAH DAN MATLAMAT SEKOLAH

Home
Lencana Sekolah
Visi dan Misi
Falsafah dan Matlamat
Dasar dan Objektif
Biodata Guru
Sejarah Sekolah
Akademik
Kokurikulum
Lagu Sekolah
ALBUM

FALSAFAH SEKOLAH

 

Semua murid boleh diajar dan belajar, maka seluas-luas peluang harus diberi bagi membolehkan mereka mencapai ketinggian akhlak.Semua murid bersifat mulia dan seluas-luas peluang hendaklah diberi kepada murid-murid untuk menjadikan mereka manusia yang mulia, berbudi bahasa, berbudi pekerti, baik, berakhlak tinggi dan bersopan.

 

Semua guru sekolah harus mempunyai kebolehan, pengetahuan, kemahiran, kecekapan, semangat dan kebolehan ikhtisas serta kepercayaan professional untuk memberi pendidikan yang sempurna, menyeluruh dan bermutu bagi memajukan pelajar dan akademik.

 

Sekolah ini mempunyai keupayaan dari segi menyediakan semua kemudahan fizikal dan tenaga pengajar serta bersedia untuk memikul tanggungjawab berat bagi melahirkan pelajar yang mempunyai disiplin kendiri yang boleh memberi sumbangan positif kepada Negara.

MATLAMAT SEKOLAH

 

Melahirkan pelajar yang seimbang, boleh mencapai kecemerlangan dalam segala bidang dan dapat memberi sumbangan yang positif terhadap perkembangan masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Illustration: Graduation Day